Successfully reported this slideshow.
We use your Verifieduser profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads.
KELUARGA
Nama saya________________.Saya mempunyai sebuah keluarga yang
bahagia.Keluarga saya terdiri daripada datuk,nenek,...
HOBI
Hobi ialah sesuatu yang gemar dilakukan pada masa lapang. Antara contoh-
contoh hobi ialah memancing, mengumpul setem...
SUKAN TAHUNAN
Pada hari Ahad yang lepas,sekolah saya telah mengadakan temasya sukan
tahunan.Sukan tahunan tersebut diadaka...
Menambung
Saya suka menabung. Menabung adalah satu sikap yang sangat baik dan mesti
kita amalkan.Setiap hari saya diberika...
BERKELAH
Pada hari Ahad yang lalu,bapa membawa kami sekeluarga berkelah di Port Dickson.
Kami menaiki kereta bapa ke sana....
Kebun
Saya dan ayah suka berkebun.Kami menanam sayur-sayuran.Kami menanam
sawi,cili,kubis dan kacang panjang.Setiap hari, ...
SAHABAT
Setiap orang pasti mempunyai sahabat. Saya juga mempunyai ramai sahabat. Nama
sahabat-sahabat saya ialah Zuhair, Q...
MEMANCING
Semua orang mempunyai hobi termasuklah saya. Saya mempunyai hobi yang
amat berfaedah untuk dikongsi bersama kawa...
PEKERJAAN
Setiap orang mempunyai cita-cita. Cita-cita adalah keinginan ketika dewasa kita
nanti. Cita-cita ini biasanya be...
Saya berharap saya akan mencapai cita-cita saya itu. Saya ingin membantu
menjaga keamanan dan keselamatan negara.
Contoh K...
Contoh Jawapan:
Setiap orang mempunyai cita-cita. Cita-cita adalah keinginan ketika dewasa kita
nanti. Cita-cita ini biasa...
BUAH-BUAHAN TEMPATAN
Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang ditanam atau dihasilkan di
negara sendiri.
Ada bermacam-m...
Amar   crita spontan
Upcoming info
Loading in …5
×

Amar crita spontan

4,841 views

Published on

  • Be the first to comment

Amar crita spontan

  1. 1. KELUARGA Nama saya________________.Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.Keluarga saya terdiri daripada datuk,nenek,ayah,ibu, kakak dan abang. Saya merupakan anak ke _________ dalam keluarga. Nama ayah saya ialah ____________. Ayah saya bekerja sebagai _________.Ayah saya seorang yang penyayang. Nama ibu saya _____________. Ibu saya bekerja sebagai seorang guru.Ibu saya seorang yang tegas dan penyayang.Beliau sentiasa menasihati saya belajar bersungguh-sungguh supaya dapat berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. Saya mempunyai seorang abang dan seorang kakak. Nama abang saya ialah ___________. Beliau seorang yang aktif dalam bidang sukan terutama bola sepak.Beliau sentiasa mewakali sekolah dalam pertandingan bola dan bercita-cita menjadi pemain bola sepak dunia suatu hari nanti. Kakak saya ialah ______________. Kakak saya seorang yang peramah dan amat rajin. Saya juga mempunyai datuk dan nenek yang penyayang.Nama datuk saya ialah ________. Manakala nama nenek saya ialah __________.
  2. HOBI Hobi ialah sesuatu yang gemar dilakukan pada masa lapang. Antara contoh- contoh hobi ialah memancing, mengumpul setem, membaca, melukis dan bersukan. Saya juga mempunyai hobi iaitu bermain bola sepak. Saya melakukan aktiviti ini pada setiap petang. Saya memilih bermain bola sepak sebagai hobi kerana minat saya yang mendalam terhadap permainan ini. Oleh sebab itulah saya selalu menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung di kaca televisyen. Selain itu, saya juga pernah pergi ke studium Bukit Jalil dengan keluarga saya untuk menonton suatu perlawanan akhir bola sepak . Antara kebaikan hobi saya ialah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, menyihatkan badan, menjadikan saya cergas serta cerdas dan menambahkan kenalan. Selain itu, hobi ini juga dapat menyihatkan tubuh saya kerana permainan ini menyebabkan badan saya berpeluh, jantung saya berfungsi dengan baik dan melangsingkan badan saya. Oleh sebab itulah saya jarang terkena penyakit seperti demam dan sebagainya. Permainan bola sepak juga menyebabkan badan saya cergas dan otak saya cerdas. Ini membantu saya sentiasa cergas semasa belajar di sekolah atau semasa mengulang kaji pelajaran di rumah. Kesimpulannya, hobi yang baik dan sesuai akan mendatangkan kebaikan kepada kita.
  3. SUKAN TAHUNAN Pada hari Ahad yang lepas,sekolah saya telah mengadakan temasya sukan tahunan.Sukan tahunan tersebut diadakan di padang sekolah saya yang luas itu. Sebelum sukan diadakan,semua guru dan murid sibuk membuat persiapan.Padang dihiasi dengan panji-panji dan belon-belon yang berwarna- warni.Beberapa buah khemah didirikan di tepi padang.Para peserta sukan berlatih dengan bersungguh -sungguh pada setiap hari. Pada hari sukan,semua murid dan guru hadir awal ke sekolah.Para peserta sukan berkumpul di padang.Pengerusi PIBG sekolah merasmikan sukan tersebut.Perbarisan peserta sukan juga diadakan. Tujuan diadakan sukan adalah untuk mencungkil bakat dan menyihatkan badan.Pelbagai acara sukan diadakan seperti lompat tinggi,lompat jauh,lumba lari,tarik tali dan sebagainya.Acara lari berganti-ganti menjadi acara kemuncak hari sukan.Para peserta berlari dengan pantas menuju ke garisan penamat.Para penonton bersorak untuk memberi sokongan kepada peserta pasukan masing-masing.Suasana di padang riuh-rendah dan meriah. Acara sukan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.Rumah Merah telah muncul sebagai juara. Zuhair telah terpilih sebagai olahragawan manakala Fatihah dipilih sebagai olahragawati.Guru Besar menyampaikan piala kepada para pemenang.Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya dan menasihati murid yang tidak berjaya supaya tidak berputus asa. Selepas majlis penyampaian hadiah tamat,murid-murid pulang ke rumah dengan gembiranya walaupun kelihatan letih.
  4. Menambung Saya suka menabung. Menabung adalah satu sikap yang sangat baik dan mesti kita amalkan.Setiap hari saya diberikan wang saku oleh ibu bapa saya untuk dibelanjakan di sekolah. Saya berjimat cermat dengan tidak membelanjakan kesemua wang saku tersebut. Tahukah kawan-kawan, mengapa saya suka menabung. Sebahagian wang saku itu boleh kita simpan di dalam tabung. Kata ibu saya, sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit. Apabila tabung saya sudah penuh, saya akan meminta ibu atau ayah saya membawa saya ke bank pula. Saya ke sana kerana ingin menyimpan wang saya itu ke dalam akaun saya. Saya boleh menggunakan wang tersebut apabila saya memerlukannya Kita juga dapat membantu keluarga dengan meminjamkannya apabila keluarga terdesak dan mengharapkan pertolongan. Duit tabungan juga dapat digunakan untuk membeli buku-buku rujukan sekolah dan keperluan secara spontan. Kita tidak perlu meminta-minta selalu daripada ibubapa kita. Kita boleh berdikari. Akhir sekali, orang yang berjimat-cermat akan senang kemudian hari. Oleh itu marilah kita amalkan sikap suka menabung.
  5. BERKELAH Pada hari Ahad yang lalu,bapa membawa kami sekeluarga berkelah di Port Dickson. Kami menaiki kereta bapa ke sana.Kami berbual-bual sepanjang perjalanan. Setibanya di destinasi, kami menolong ayah mengangkat barangan lalu meletakkan bekalan kami di bawah sepohon pokok yang rendang.Cuaca pada hari itu cerah dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Kelihatan banyak pengunjung berada di pantai.Suasana di sana riuh-rendah dan meriah. Tanpa membuang masa lagi,saya dan abang segera menukar pakaian renang.Kami membawa pelampung besar yang baru dibeli.Saya dan abang berenang dengan gembira.Bapa membaca surat khabar manakala ibu mendengar muzik di pantai. Kakak pula suka membina istana pasir di pantai. Setelah penat berenang,kami menjamu selera di pantai.Ibu menyediakan pelbagai hidangan di atas tikar mengkuang.Kami menikmati mi goreng,sate,kuih- muih, tembikai dan jus oren.Kami makan dengan gelojohnya kerana terlalu lapar.Tambahan pula,masakan ibu sungguh enak dan berkhasiat. Kemudian,kami bermain bola di pantai.Kami sekeluarga mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.Ibu dan bapa juga bersiar-siar di pantai sambil berbual- bual dengan mesranya. Kami mengemaskan barangan dan membersihkan tempat perkelahan sebelum pulang.Kami membuang sampah-sarap ke dalam tong sampah demi menjaga kebersihan pantai.Selepas itu,kami pulang dengan gembiranya.Berkelah di pantai merupakan aktiviti yang menyeronokkan
  6. Kebun Saya dan ayah suka berkebun.Kami menanam sayur-sayuran.Kami menanam sawi,cili,kubis dan kacang panjang.Setiap hari, ayah menyiram sayur-sayuran itu.Saya pula mencabut rumput-rumput di atas batas.Ibu memetik sayur-sayuran yang sudah besar.Bapa menjual sayur-sayuran itu di pasar malam.Bapa mendapat banyak duit.Bapa menyimpan duit ke dalam bank.Saya berasa sangat gembira kerana dapat menolong bapa.
  7. SAHABAT Setiap orang pasti mempunyai sahabat. Saya juga mempunyai ramai sahabat. Nama sahabat-sahabat saya ialah Zuhair, Qhairulzaman, Fezrul Badly dan Khairul Salleh. Saya suka akan sahabat-sahabat saya ini kerana mereka amat baik dengan saya. Antara kebaikan sahabat-sahabat saya ini ialah mereka suka membantu saya dalam pelajaran. Misalnya, jikalau saya menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan Matematik, mereka akan membantu saya mencari penyelesaiannya. Selain itu, sahabat saya juga suka mengajak saya bermain bersama-sama mereka. Contohnya saya suka bermain bola sepak bersama-sama mereka di padang permainan berhampiran dengan rumah saya. Ini dapat mengeratkan hubungan persahabatan di samping dapat menyihatkan tubuh badan kami. Sahabat saya ini juga memberikan bantuan jika saya berada dalam kesusahan. Misalnya, saya pernah kehilangan wang di kantin sekolah. Sahabat saya telah bermurah hati memberikan sedikit wang kepada saya untuk dibuat belanja membeli makanan. Akhir sekali, sahabat dan sahabat saya ering bertukar-tukar buku cerita atau komik yang kami beli di kedai buku. Ini secara tidak langsung dapat menambahkan pengetahuan kami bersama. Kesimpulannya, saya bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat yang baik hati.Bagai isi dengan kuku begitulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan hubungan persahabatan saya ini. Harapan saya semoga persahabatan saya ini akan berkekalan
  8. MEMANCING Semua orang mempunyai hobi termasuklah saya. Saya mempunyai hobi yang amat berfaedah untuk dikongsi bersama kawan-kawan. Hobi saya adalah memancing ikan bersama bapa saya di sungai ataupun laut. Rakan-rakan saya turut serta bersama saya dan ayah untuk pergi memancing. Saya juga suka beriadah bersama-sama keluarga di taman yang berhampiran dengan rumah saya. Keluarga saya tidak suka membuang masa, begitu juga saya. Jika tidak membuang masa, kita boleh membuat bermacam-macam aktiviti bersama keluarga. Setiap kali pergi memancing bersama ayah, kebiasaannya banyak ikan yang kami perolehi. Sebahagiannya kami berikan kepada jiran-jiran yang berhampiran dan sebahaginnya lagi kami bawa pulang untuk keluarga di rumah. Saya amat suka memancing kerana ia member satu ketenangan pada diri saya. Selain itu dapat merapatkan perhubungan saya dan ayah kerana kami berkongsi hobi yang sama.
  9. PEKERJAAN Setiap orang mempunyai cita-cita. Cita-cita adalah keinginan ketika dewasa kita nanti. Cita-cita ini biasanya bermula sejak sesorang itu kecil lagi. Saya seperti orang yang lain juga mempunyai cita-cita saya sendiri. Cita-cita saya adalah menjadi seorang polis. Saya ingin menjadi seorang anggota polis kerana anggota polis boleh membantu orang yang dalam kesusahan. Anggota polis boleh menangkap orang yang melakukan kesalahan atau melanggar undang-undang. Kita boleh lebih berdisiplin apabila menjadi seorang anggota polis. Idola atau orang yang menjadi inspirasi saya adalah ibu saya. Ibu saya adalah seorang anggota polis. Ibu saya berpangkat sarjan mejar. Ibu saya seorang yang tegas dan berani. Beliau dihormati oleh pegawai polis yang lain di balai polis tempat ibu saya bertugas, Namun apabila saya besar nanti saya ingin menjadi pegawai polis yang lebih tinggi pangkatnya daripada ibu saya. Saya ingin menjadi berani, tegas dan dihormati oleh anggota polis yang lain seperti ibu saya. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang baik. Saya akan membaca banyak buku penyiasatan dan menjadi penyiasat yang hebat seperti di dalam rancangan kartun cerita 'Conan'.
  10. Saya berharap saya akan mencapai cita-cita saya itu. Saya ingin membantu menjaga keamanan dan keselamatan negara. Contoh Karangan 3 : Cita-cita Sebagai Seorang Ahli bomba. Isi : Mengapakah saya memilih cita-cita itu? Siapakah idola saya? Apakah yang saya buat untuk mencapai cita-cita itu? Harapan saya. Contoh Jawapan: Setiap orang mempunyai cita-cita. Cita-cita adalah keinginan ketika dewasa kita nanti. Cita-cita ini biasanya bermula sejak sesorang itu kecil lagi. Saya seperti orang yang lain juga mempunyai cita-cita saya sendiri. Cita-cita saya adalah menjadi seorang ahli bomba. -------------------------------------------------------------------- 030303030303 Contoh Karangan 4 : Cita-cita Sebagai Seorang Juruterbang. Isi : Mengapakah saya memilih cita-cita itu? Siapakah idola saya? Apakah yang saya buat untuk mencapai cita-cita itu? Harapan saya. Contoh Jawapan: Setiap orang mempunyai cita-cita. Cita-cita adalah keinginan ketika dewasa kita nanti. Cita-cita ini biasanya bermula sejak sesorang itu kecil lagi. Saya seperti orang yang lain juga mempunyai cita-cita saya sendiri. Cita-cita saya adalah menjadi seorang juruterbang. -------------------------------------------------------------------- 040404040404 Contoh Karangan 5 : Cita-cita Sebagai Seorang Doktor. Isi : Mengapakah saya memilih cita-cita itu? Siapakah idola saya? Apakah yang saya buat untuk mencapai cita-cita itu? Harapan saya.
  11. Contoh Jawapan: Setiap orang mempunyai cita-cita. Cita-cita adalah keinginan ketika dewasa kita nanti. Cita-cita ini biasanya bermula sejak sesorang itu kecil lagi. Saya seperti orang yang lain juga mempunyai cita-cita saya sendiri. Cita-cita saya adalah menjadi seorang doktor -------------------------------------------------------------------- 050505050505 Contoh Karangan 6 : Cita-cita Sebagai Seorang Guru. Isi : Mengapakah saya memilih cita-cita itu? Siapakah idola saya? Apakah yang saya buat untuk mencapai cita-cita itu? Harapan saya. Contoh Jawapan: Setiap orang mempunyai cita-cita. Cita-cita adalah keinginan ketika dewasa kita nanti. Cita-cita ini biasanya bermula sejak sesorang itu kecil lagi. Saya seperti orang yang lain juga mempunyai cita-cita saya sendiri. Cita-cita saya adalah menjadi seorang guru
  12. BUAH-BUAHAN TEMPATAN Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang ditanam atau dihasilkan di negara sendiri. Ada bermacam-macam jenis buah-buahan tempatan. Antaranya ialah buah mempelam, binjai, belunu, tembikai atau sikoi, nangka, rambutan, durian, langsat, rambai, manggis dan lain-lain lagi. Rasanya ada yang pahit, masam dan manis. Buah yang pahit biasanya mempunyai khasiat perubatan tetapi tidak ramai yang suka memakannya. Buah petai misalnya boleh mengurangkan penyakit darah tinggi, kencing manis dan lain-lain penyakit. Kita boleh dapati buah-buahan tempatan yang masih segar. Oleh itu banyaklah khasiatnya. Vitamin;-vitamin yang ada di dalamnya masih kekal. Biasanya bila musim buah-buahan, harganya sangat murah. Kita boleh membeli seberapa banyak yang kita suka. Di mana-mana boleh didapati. Biasanya kalau kita pergi ke kampung-kampung kita mudah mendapatinya. Sekarang ini beberapa pihak telah menyajikan buah-buahan tempatan untuk majlis rasmi. Dihotel-hotel atau di tempat-tempat ramai, hidangan buah-buahan tempatan akan kelihatan di atas meja. Para pelancong sangat mengemari buah- buahan tempatan dan memuji kelazatan rasanya. Beberapa buah negara asing telah berminat dan memesan buah-buahan tempatan seperti pisang dan nangka dengan banyaknya. Jelaslah bahawa buah-buahan tempatan tidak kalah jika dibandingkan dengan buah- buahan dari negara lain.
ситроен с3 пикассо

шелковое одеяло купить

В интеренете нашел авторитетный портал , он описывает в статьях про citroen c4 grand picasso https://citroen.niko.ua/models/citroen-c4-grand-picasso_13/

×