Successfully reported this slideshow.
We use your Verifieduser profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads.
SEKOLAHKEBANGSAAN SUNGAI MENGHULU, JALAN BATU ASAH, 07000 LANGKAWI KEDAH.
SKRIP CERITA PERTANDINGAN
BERCERITA BAHASA MELAY...
SEKOLAHKEBANGSAAN SUNGAI MENGHULU, JALAN BATU ASAH, 07000 LANGKAWI KEDAH.
menghabiskan membacanya malam itu
juga. Naemah b...
SEKOLAHKEBANGSAAN SUNGAI MENGHULU, JALAN BATU ASAH, 07000 LANGKAWI KEDAH.
sudah tidak berdaya untuk bertahan
dalam kebakar...
Upcoming info
Loading in …5
×

Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu

49,394 views

Published on

skrip

Published in: Education

Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu

  1. 1. SEKOLAHKEBANGSAAN SUNGAI MENGHULU, JALAN BATU ASAH, 07000 LANGKAWI KEDAH. SKRIP CERITA PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU TAJUK CERITA : AIRMATA KEINSAFAN Naemah melihat jam di tangan kanannya. Sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. “Ahh, hari sudah lewat malam. Mengapa mataku masih belum mahu terlelap dan perasaanku terasa aneh.?”. keluh Naemah lantas membuka lampu biliknya. “Sungguh usang rumah nenek dan tok wan ini. Andai ibu bapaku masih hidup, pasti hidup aku tidak sesukar sekarang. Aku pasti sedang memakai pakaian yang indah dan makan makanan yang lazat. Aku akan dilayan bagai seorang puteri kerana ibuku seorang yang kaya,” kata Naemah sambil melihat sekeliling rumah papan yang serba kekurangan. Jika hujan, akan banjirlah rantai rumah ini kerana bumbung rumah sudah banyak yang bocor. “Emm, sementara mataku tidak mahu lelap, lebih baik aku habiskan membaca buku yang aku ambil daripada Aisyah,” fikir Naemah yang terus mencapai beg sekolahnya dan mengambil buku ceritanya. Dia tersenyum sendirian mengingati wajah masam Aisyah. Tangisan Aisyah masih terngiang-ngiang di telinganya. “Kak, janganlah ambil buku cerita itu. Itu buku pemberian ibu saya. Kak ambillah buku yang lain,” rayu Aisyah bersungguh-sungguh. “Ambil buku lain ? Emm, baiklah. Aku ambil semua buku ini. Terima kasih kerana memberi aku buku-buku cerita ini. Aku amat menghargainya,” kata Naemah tersenyum sambil merampas koleksi buku cerita di tangan Aisyah dan sahabatnya Khadijah. “Tetapi kak, pulangkanlah buku cerita yang kak ambil tadi. Saya sayangkan buku itu,” rayu Aisyah lagi. “Kau anak orang kaya. Belilah lain! Marah Naemah. Dia langsung tidak menghiraukan tangisan air mata yang membasahi di pipi Aisyah. “Tetapi kak, buku itu hadiah daripada ibu saya,” kata Aisyah lagi. “Ah! Apa aku kisah!” kata Naemah dan berlalu setelah menolak Aisyah jatuh tersungkur. Naemah terkenal di sekolahnya sebagai seorang pelajar yang kaki buli dan nakal. Walaupun dia seorang perempuan, namun tingkah lakunya seperti seorang lelaki. Tambahan pula dia mahir dalam seni persilatan. Dia akan belajar silat setiap petang dengan tok wannya. RUMAH TERBAKAR Mata Naemah kian mengantuk setelah membaca beberapa helaian daripada buku cerita yang dipegangnya. Namun, Naemah bertekad untuk
  2. SEKOLAHKEBANGSAAN SUNGAI MENGHULU, JALAN BATU ASAH, 07000 LANGKAWI KEDAH. menghabiskan membacanya malam itu juga. Naemah bergegas ke dapur untuk menjerang air dan membancuh kopi agar matanya kembali segar. Sengaja Naemah membesarkan api agar air yang dijerangnya cepat mendidih. Naemah kembali menyambung membaca buku sementara menunggu air mendidih. Mata Naemah kian mengantuk dan tersengguk- sengguk. Dia segera kembali ke dalam bilik. Tiba-tiba badannya terasa bahang dan terlalu panas. Kedengaran suara riuh- rendah. Naemah dapat menangkap beberapa suara yang memanggil namanya. Nafasnya terasa sesak. Bajunya basah bermandikan peluh. Naemah membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat ke kiri dan ke kanan. Matanya terasa pedih dan berair apabila dimasuki asap.Dia terbatuk-batuk akibat terhidu asap yang memenuhi ruang rumah papan yang sedang dijilat api. “Tolong!!! Tolong!!! Nenek !!! Tok Wan tolong saya,” jerit Naemah sekuat hatinya. Jantungnya berdegup kencang. Terbayang difikirannya hanya mati sahaja. Hatinya diserang rasa sedih dan pilu. Rasa menyesal meliputi hatinya. Dia dapat merasakan kepanasan yang bakal dirinya terima jika dia dihumbankan ke dalam neraka kerana dosa-dosa yang dilakukannya. Naemah memikirkan dirinya yang selalu menyakiti hati orang di sekelilingnya terutamanya neneknya. Neneklah insan yang bersusah payah membesarkan dirinya setelah ditinggalkan oleh bapanya. Dia suka mencuri, merampas dan mengambil hak orang lain. Dosa, pahala tidak pernah dia fikirkan. Perkara yang paling teruk adalah dia jarang bersolat, berpuasa dan membaca al- Quran. Boleh dihitung dengan jari dalam setahun berapa kali dia mengadap Allah. Naemah menjerit lagi. Namun, jeritannya tiada siapa yang dengar kerana suaranya tersekat di kerongkong. Tubuhnya menggeletar memandang api yang kian marak. Matanya liar memandang sekeliling berharap agar ada insan yang akan datang membantunya. “Naemah jika kamu berada dalam kesusahan dan memerlukan bantuan, mohonlah kepada Allah. Allah akan membantu hamba-Nya apabila berada dalam kesusahan”. Terngiang-ngiang pesanan tok wan ditelinganya. “Ya Allah, aku menyesal atas segala dosa-dosaku. Ampunilah dosaku kerana telah melupakanMu ketika aku senang. Ya Allah selamatkanlah hambaMu ini. Tolonglah aku ya Allah,” kata Naemah sambil memeluk erat al-Qurannya. Air mata keinsafan bercucuran membasahi pipinya. Nafasnya kian sesak akibat terlalu banyak menyedut asap. Dia
  3. SEKOLAHKEBANGSAAN SUNGAI MENGHULU, JALAN BATU ASAH, 07000 LANGKAWI KEDAH. sudah tidak berdaya untuk bertahan dalam kebakaran tersebut. Dunianya menjadi gelap sebelum rebah di sebelah kayu yang telah jatuh dijilat api yang sedang marak dari bumbung biliknya. “Naemah, Alhamdulillah kamu terselamat mungkin disebabkan kamu memeluk al-Quran itu sekuat hati. Sungguh, kami tidak dapat mengambil al- Quran yang berada dalam pelukan kamu itu,” kata Syikin anak jiran sebelah rumahnya. Naemah lantas mengangkat tangannya. Memang benar, al-Quran itu masih lagi dalam pelukannya. “Syukur Alhamdulillah kerana Allah telah menyelamatkanku dan memanjangkan umurku serta memberi kesempatan kepadaku untuk bertaubat dan sujud kepadaMu, Ya Allah”. “Mulai saat ini aku berjanji pada diriku sendiri, aku mahu berubah menjadi insan yang berguna,” bisik Naemah pada dirinya sendiri. PENGAJARAN / NILAI-NILAI MURNI 1. Bersabar dengan dugaan hidup 2. Jangan membuli insan yang lemah. 3. Taat perintah agama. 4. Menghormati orang yang lebih tua.
stop out

xn--48jm9l298kilg8rghvi.com

www.xn--80adrlof.net

×